Berikut 40 Keistimewaan
Wanita Menurut Islam
1. Wanita yang solehah
(baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang
membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak
perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam
syurga.
6. Barang siapa mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a.
"Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata
"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak
terhadap pria?" tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W.
"Ibunya."
13. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir
(anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman
(ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
22. Rakaat sholat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat sholat wanita yang tidak
hamil.
23. Wanita yang memberi
minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya
sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
24. Wanita yang melayani
dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad
25. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah
akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah
susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli
tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil
akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun sholat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati
dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani
suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.
36. Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan
khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun sholat dan
puasa.
37. Jika wanita
memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah
40. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar