NABI SULAIMAN DENGAN KUBAH AJAIB
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah
menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan
suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah
bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam
wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari
sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum
lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin
tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".
Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau
apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia
kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa
benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar
laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin
Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam
dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang
kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi
Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga
Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin
Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama
kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut
mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama
diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna
merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat
daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air
tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik
ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah
tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk
melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda
berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah
diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi
salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan
terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman
memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah
Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana
mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia
mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu
pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat
keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk
melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di
dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda
tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar
laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu
bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula
seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya
memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang
diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur
dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama
kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya
juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas
khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia
supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh
syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari
ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah
yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah
tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut.
Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak
dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu
lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah.
Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana
khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama
mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia
memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk
membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus
bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di
dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi
ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi".
Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah
ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa
mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun
lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang
bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta
selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi
Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab
pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman
pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada
kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah.
Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada
orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu
bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur
kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan
perkara yang ajaib.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar