3 PERTANYAAN
Ada
seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Seberang kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru
agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda
itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda
menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan
dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda
yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab
pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;
1.
Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2.
Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3.
Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari
api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang
sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir
sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar
pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa
anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu
adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”,
kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu
saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda
percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama
bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap
pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi
malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah
pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?”
“Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat
dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda.
“Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya
tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan
Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat
menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar