MUHAMMAD
RASULKU
Bila
aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
Bila aku merasa tidak nyaman dengan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
Apabila aku menjadi begitu pelit untuk memberi dan berbagi dengan orang
lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
Bilaa aku terasa ada yang menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan siapa saja yg berbuat jahat padanya
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan siapa saja yg berbuat jahat padanya
Bila aku terrfikir mungkin ada yg membenci aku, aku teringat pada
baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
Bila aku teringinkan ganjaran dalam perbuatan ku, aku teringat pada
baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ﷺ
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman islam dan ihsan. Syafaatkan daku di akhirat nanti.
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman islam dan ihsan. Syafaatkan daku di akhirat nanti.
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .
Selamat datang bulan kelahiran nabi Muhammad S.A.W
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Tidak ada komentar:
Posting Komentar